Apa itu ASMA ??
· Asma ialah penyakit kronik saluran pernafasan di dalam paru-paru.
· Asma melibatkan penyempitan saiz dan bentuk saluran udara paru-paru, yang membawa kepada kesukaran bernafas.
· Saluran pernafasan pesakit asma sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu yang boleh
menyebabkn saluran pernafasan menjadi sempit.
Pencetus serangan ASMA
· Merokok dan menyedut asap rokok.
· Makanan tertentu seperti kacang ais dan susu.
· Perubahan cuaca.
· Aktiviti fizikal atau senaman keterlaluan.
· Tekanan perasaan.
· Jangkitan saluran pernafasan, batuk, dan selsema.
· Ubat tertentu seperti aspirin dan beta-blocker.

Gejala ASMA
· Batuk terutama pada waktu malam atau sejuk.
· Susah bernafas.
· Nafas berbunyi.
· Rasa ketegangan di dada.
INHALER
1. Tanggalkan penutup dari corong mulut inhaler.
2. Pegang inhaler diantara ibu jari dan jari telunjuk serta goncangkan.
3. Tarik nafas dan hembuskan nafas perlahan-lahan melalui mulut dengan sepenuhnya.
4. Letakkan corong inhaler ke mulut. Tutup bibir rapat di sekeliling corong inhaler. Dongakkan kepala sedikit ke belakang.
5. Tekan inhaler sambil sedut perlahan-lahan dan tahan pernafasan selama 5-10 saat.
6. Keluarkan inhaler dari mulut dan hembus keluar nafas perlahan-lahan melalui hidung tanpa membuka mulut.
7. Tunggu 1 minit sebelum mengulangi dos kedua.
8. Kumur mulut selepas menggunakan inhaler.
Kesilapan biasa dalam penggunaan INHALER
1. Tidak menahan nafas selepas menyedut ubat.
2. Tidak bernafas keluar sebelum penyedutan. Alasan untuk bernafas keluar adalah untuk
menambah kuantiti ubat yang yang memasuki paru-paru kerana masa sedutan akan menjadi
lebih lama.
3. Salah anggap yang bermaksud 2 penyedutan sebagai menekan inhaler 2 kali apabila tarik
nafas.
4. Tidak menekan inhaler ke bawah serentak dengan tarik nafas.
Ubat-ubatan
A. Ubat melegakan
Pernafasan ( Pelega )
· Ubat ini dapat melegakan pernafasan atau serangan asma dan patut digunakan apabila
perlu sahaja.
Contoh : - Salbutamol
- Terbutaline
- Fenoterol
- Ipratropium bromide
B. Ubat pencegah asma (Pencegah)
· Ubat ini dapat meencegah gejala-gejala asma dan serangan asma, apabila serangan
asma adalah kerap dan teruk, ia perlu digunakan setiap hari.
Contoh : - Beclomethasone
- Budesonide
- Fluticasone
- Sodium cromoglycate
- Theophylline
C. Ubat tambahan lain
Contoh ubat :
· Salmeterol
Ubat ini dapat melegakan gejala asma untuk tempoh yang lebih lama, sepertisepanjang waktu malam.
· Montelukasi
Ubat ini boleh dimakan dan digunakan jika difikirkan sesuai oleh doktor untuk pesakit asma yang juga menghidap alahan seperti allergic rhinitis.






